SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Monday 14 September 2015

Sayyidul Ayyam 2015

PENDAHULUAN

Hari jumaat adalah penghulu segala hari. Ia juga merupakan hari yang istimewa di dalam Islam. Hari Jumaat juga diwajibkan ke atas lelaki Islam yang cukup syarat-syaratnya untuk mengerjakan solat Jumaat di masjid. Maka dengan ini pihak sekolah melalui Unit Dakwah akan merancang satu program yang dinamakan program Sayyidul Ayyam bagi melatih murid lelaki tahun 6 untuk sentiasa ke masjid setiap hari jumaat bagi memenuhi tuntutan agama.
Setiap murid juga wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui Program Sayyidul Ayyam 2015 kali ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam dewasa kelak.
Diharapkan program ini dapat berjalan lancar dan dapat membantu perkembangan murid dalam pelbagai aspek serta mencapai objektif yang telah dirancang.

MATLAMAT

Tujuan Program Sayyidul Ayyam 2015 ini dijalankan untuk:
2 .1 Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan..
2.2 Memupuk semangat setia kawan dan berpasukan serta melahirkan murid yang berketrampilan dan mempunyai disiplin yang tinggi.
2.3 Melatih murid supaya rajin ke masjid set

OBJEKTIF

3.1 Untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.
3.2 Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi.
3.3 Murid-murid dapat melaksanakan ibadah solat jumaat dengan sempurna.
3.4 Sentiasa mengamalkan Amar Makruf Nahi Munkar dalam kehidupan seharian.

TENTATIF PROGRAM

Hari : Setiap Jumaat
Masa : 12.30- 2.00 ptg
Tempat : Masjid Al-Ittihadiah, Bandar Baru Putra, Ipoh.

KUMPULAN SASARAN

Program ini melibatkan semua murid Tahun 6 lelaki sahaja.








No comments:

Post a Comment

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM



Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dab bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara