SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Monday 13 July 2015

Ambang Syawal 1436H / 2015M

Pada 14 Julai 2015 yang lalu, pihak sekolah melalui badan Dakwah telah menganjurkan Sambutan Ambang Syawal 1436H. Program ini merupakan kesinambungan dan merupakan program penutup Program Ihya Ramadan 2015. Antara agenda dalam program ialah pengisian ceramah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Norzie bin Abdul Aziz selaku Penolong Kanan Kokurikulum SKBBP. Banyak pesanan dan nasihat mengenai adab-adab menyambut hari Lebaran mengikut acuan Islam telah disampaikan oleh beliau kepada murid-murid. Beliau juga berkongsi amalan-amalan sunat di hari-hari terakhir Ramadan yang sepatutnya tidak disia-siakan oleh muslim. Selesai sahaja sesi ceramah, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah dan cenderahati kepada peserta-peserta tadarus al-Quran yang terdiri daripada murid-murid tahun 5. Kemudian tiba giliran Guru Besar berucap dan seterusnya merasmikan majlis tersebut. Program ditutup dengan acara bersalam-salaman dan bermaafan antara murid dengan guru.

عيد سعيد!
تقبل الله منا ومنكم...
من العائدين والفائزين...









No comments:

Post a Comment

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM



Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dab bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara