PENDAHULUAN
Hari jumaat adalah penghulu segala hari. Ia juga merupakan hari yang istimewa di dalam Islam. Hari Jumaat juga diwajibkan ke atas lelaki Islam yang cukup syarat-syaratnya untuk mengerjakan solat Jumaat di masjid. Maka dengan ini pihak sekolah melalui Unit Dakwah akan merancang satu program yang dinamakan program Sayyidul Ayyam bagi melatih murid lelaki tahun 6 untuk sentiasa ke masjid setiap hari jumaat bagi memenuhi tuntutan agama.
Setiap murid juga wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui Program Sayyidul Ayyam 2015 kali ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam dewasa kelak.
Diharapkan program ini dapat berjalan lancar dan dapat membantu perkembangan murid dalam pelbagai aspek serta mencapai objektif yang telah dirancang.
MATLAMAT
Tujuan Program Sayyidul Ayyam 2015 ini dijalankan untuk:
2 .1 Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan..
2.2 Memupuk semangat setia kawan dan berpasukan serta melahirkan murid yang berketrampilan dan mempunyai disiplin yang tinggi.
2.3 Melatih murid supaya rajin ke masjid set
OBJEKTIF
3.1 Untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.
3.2 Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi.
3.3 Murid-murid dapat melaksanakan ibadah solat jumaat dengan sempurna.
3.4 Sentiasa mengamalkan Amar Makruf Nahi Munkar dalam kehidupan seharian.
TENTATIF PROGRAM
Hari : Setiap Jumaat
Masa : 12.30- 2.00 ptg
Tempat : Masjid Al-Ittihadiah, Bandar Baru Putra, Ipoh.
KUMPULAN SASARAN
Program ini melibatkan semua murid Tahun 6 lelaki sahaja.
SELAMAT DATANG
Monday, 14 September 2015
Monday, 13 July 2015
Ambang Syawal 1436H / 2015M
Pada 14 Julai 2015 yang lalu, pihak sekolah melalui badan Dakwah telah menganjurkan Sambutan Ambang Syawal 1436H. Program ini merupakan kesinambungan dan merupakan program penutup Program Ihya Ramadan 2015. Antara agenda dalam program ialah pengisian ceramah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Norzie bin Abdul Aziz selaku Penolong Kanan Kokurikulum SKBBP. Banyak pesanan dan nasihat mengenai adab-adab menyambut hari Lebaran mengikut acuan Islam telah disampaikan oleh beliau kepada murid-murid. Beliau juga berkongsi amalan-amalan sunat di hari-hari terakhir Ramadan yang sepatutnya tidak disia-siakan oleh muslim. Selesai sahaja sesi ceramah, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah dan cenderahati kepada peserta-peserta tadarus al-Quran yang terdiri daripada murid-murid tahun 5. Kemudian tiba giliran Guru Besar berucap dan seterusnya merasmikan majlis tersebut. Program ditutup dengan acara bersalam-salaman dan bermaafan antara murid dengan guru.
عيد سعيد!
تقبل الله منا ومنكم...
من العائدين والفائزين...
عيد سعيد!
تقبل الله منا ومنكم...
من العائدين والفائزين...
Sunday, 12 July 2015
Program Jom Khatam Peringkat Sekolah
Program Jom Khatam Peringkat Sekolah diadakan bertujuan menggalakkan murid-murid tahun 6 khususnya supaya dapat khatam al-Quran dalam tempoh yang ditentukan. Bagi murid-murid yang terlibat dalam program ini, mereka dikehendaki menghabiskan bacaan al-Quran seberapa segera yang boleh. Rasional Program ini dijalankan ialah bagi menambah bilangan murid yang khatam pada penghujung tahun dan bertujuan untuk memperbaiki rekod dalam E-Pelaporan j-QAF sekolah yang perlu diisi sebanyak dua kali setahun. Program ini telah bermula setiap jumaat selepas bacaan yasin sejak Februari 2015 yang lalu dan akan berlangsung sehingga hujung tahun. Insha-Allah.
Solat Dhuha Setiap Minggu Pertama Awal Bulan
Program solat sunat Dhuha ini berlangsung sepanjang tahun khusus untuk murid-mudrid tahun 6. Program ini bertujuan mendidik dan menggalakkan murid-murid ini mengamalkan solat sunat Dhuha secara khususnya dan solat sunat yang lain secara amnya dalam kehidupan seharian mereka. Program ini dikendalikan oleh Al-Fadhil Ustaz Abd. Halim b. Abd. Majid.
Israk dan Mikraj 2015
Pada 30 Mei 2015 yang lalu, pihak sekolah melalui unit Dakwah telah mengadakan Program sambutan Israk dan Mikraj. Program ini merupakan program kesinambungan edisi- edisi israk mikraj yang lalu yang memang diadakan saban tahun. Penceramah jemputan ialah seorang guru di sekolah ini sendiri iaitu Ustazah Norsyita bt Ghozali.
Wednesday, 8 July 2015
Iftar Jamaie 2015
Pada 8 Julai 2015 SK Bandar Baru Putera melalui Unit Dakwah telah mengadakan Program Iftar Jamaie peringkat sekolah. Program ini melibatkan ibu bapa dan murid-murid tahun 6. Majlis dimulakan dengan bacaan yasin bagi memohon kepada Allah SWT agar dipermudahkan untuk murid-murid menghadapai UPSR kelak. Program ini diikuti dengan solat maghrib, solat hajat, solat isyak dan solat tarawikh secara berjemaah. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa dan masyarakat sekitar.
Sunday, 28 June 2015
Salam Ramadan Al-Mubarak 1436H
Ramadan kembali lagi...
SK Bandar Baru Putera di bawah unit Dakwah telah merancang pelbagai program yang bermanfaat untuk warga sekolah..
Semoga Ramadan kali ini memberi kita dorongan supaya lebih bertaqwa serta keimanan yang tinggi hasil didikan madrasah Ramadan...amiiinnn
رمضان كريم....
الله أكرم!
SK Bandar Baru Putera di bawah unit Dakwah telah merancang pelbagai program yang bermanfaat untuk warga sekolah..
Semoga Ramadan kali ini memberi kita dorongan supaya lebih bertaqwa serta keimanan yang tinggi hasil didikan madrasah Ramadan...amiiinnn
رمضان كريم....
الله أكرم!
Thursday, 15 January 2015
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU PUTERA TAHUN 2014
Seperti yang kita maklum, sambutan Maulidur Rasul adalah bersempena
menyambut kelahiran Nabi Muhammad S.A.W yang mulia. Minggu penghayatan ini
dirancang untuk memberi pendedahan kepada murid dan setiap warga sekolah
tentang bagaimana suasana sebelum kelahiran baginda dan gambaran sirah
bermulanya kelahiran junjungan mulia Rasulullah S.A.W. Di samping itu, minggu
penghayatan ini bertujuan dapat menanam rasa cinta yang mendalam kepada
Rasulullah utusan Allah yang menjadi model Qudwatul hasanah buat sepanjang
zaman.
2.OBJEKTIF
- Meningkatkan kesedaran pelajar, guru dan warga sekolah betapa pentingnya memperingati hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.
- Mendorong untuk mengenal dan mencintai Rasulullah.
- Mencontohi dan menedalani sirah Rasulullah sepanjang perjalanan hidup baginda.
3.TARIKH, MASA DAN TEMPAT
3.1 Tarikh : 30 Januari 2014
3.2 Sasaran tertumpu kepada semua
guru, murid dan kakitangan sekolah SKBBP.
4.ANJURAN
Subscribe to:
Posts (Atom)
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dab bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara