SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Monday 13 July 2015

Ambang Syawal 1436H / 2015M

Pada 14 Julai 2015 yang lalu, pihak sekolah melalui badan Dakwah telah menganjurkan Sambutan Ambang Syawal 1436H. Program ini merupakan kesinambungan dan merupakan program penutup Program Ihya Ramadan 2015. Antara agenda dalam program ialah pengisian ceramah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Norzie bin Abdul Aziz selaku Penolong Kanan Kokurikulum SKBBP. Banyak pesanan dan nasihat mengenai adab-adab menyambut hari Lebaran mengikut acuan Islam telah disampaikan oleh beliau kepada murid-murid. Beliau juga berkongsi amalan-amalan sunat di hari-hari terakhir Ramadan yang sepatutnya tidak disia-siakan oleh muslim. Selesai sahaja sesi ceramah, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah dan cenderahati kepada peserta-peserta tadarus al-Quran yang terdiri daripada murid-murid tahun 5. Kemudian tiba giliran Guru Besar berucap dan seterusnya merasmikan majlis tersebut. Program ditutup dengan acara bersalam-salaman dan bermaafan antara murid dengan guru.

عيد سعيد!
تقبل الله منا ومنكم...
من العائدين والفائزين...









Sunday 12 July 2015

Program Jom Khatam Peringkat Sekolah

Program Jom Khatam Peringkat Sekolah diadakan bertujuan menggalakkan murid-murid tahun 6 khususnya supaya dapat khatam al-Quran dalam tempoh yang ditentukan. Bagi murid-murid yang terlibat dalam program ini, mereka dikehendaki menghabiskan bacaan al-Quran seberapa segera yang boleh. Rasional Program ini dijalankan ialah bagi menambah bilangan murid yang khatam pada penghujung tahun dan bertujuan untuk memperbaiki rekod dalam E-Pelaporan j-QAF sekolah yang perlu diisi sebanyak dua kali setahun. Program ini telah bermula setiap jumaat selepas bacaan yasin sejak Februari 2015 yang lalu dan akan berlangsung sehingga hujung tahun. Insha-Allah.



Solat Dhuha Setiap Minggu Pertama Awal Bulan

Program solat sunat Dhuha ini berlangsung sepanjang tahun khusus untuk murid-mudrid tahun 6. Program ini bertujuan mendidik dan menggalakkan murid-murid ini mengamalkan solat sunat Dhuha secara khususnya dan solat sunat yang lain secara amnya dalam kehidupan seharian mereka. Program ini dikendalikan oleh Al-Fadhil Ustaz Abd. Halim b. Abd. Majid.

Israk dan Mikraj 2015

Pada 30 Mei 2015 yang lalu, pihak sekolah melalui unit Dakwah telah mengadakan Program sambutan Israk dan Mikraj. Program ini merupakan program kesinambungan edisi- edisi israk mikraj yang lalu yang memang diadakan saban tahun. Penceramah jemputan ialah seorang guru di sekolah ini sendiri iaitu Ustazah Norsyita bt Ghozali.




Wednesday 8 July 2015

Iftar Jamaie 2015

Pada 8 Julai 2015 SK Bandar Baru Putera melalui Unit Dakwah telah mengadakan Program Iftar Jamaie peringkat sekolah. Program ini melibatkan ibu bapa dan murid-murid tahun 6. Majlis dimulakan dengan bacaan yasin bagi memohon kepada Allah SWT agar dipermudahkan untuk murid-murid menghadapai UPSR kelak. Program ini diikuti dengan solat maghrib, solat hajat, solat isyak dan solat tarawikh secara berjemaah. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa dan masyarakat sekitar.






FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM



Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dab bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara